About Us

Syarikat M.N.S Berjaya

MNS Logo Bulat

Untuk pengetahuan pelanggan, kami adalah syarikat 100% kendalian bumiputera Sarawak. Mula berkecimpung dalam bidang pengangkutan seperti sewa lori meliputi pelbagai jenis untuk pelbagai jenis bidang kerja sejak tahun 2016 lagi. Syarikat ini mula ditubuhkan secara rasmi pada September 2019. Kini, kami beroperasi secara sah dan berdaftar sebagai sebuah syarikat berpangkalan di Kuching, Sarawak, Malaysia. No. Syarikat – 118334.

Pengalaman kami tidak perlu diragui dalam mengendalikan kerja mahupun barangan pelanggan kerana kami telah terlibat dalam pelbagai kerja daripada pengendalian dokumen rasmi dan sulit kerajaan, penggambaran filem di sekitar kawasan Kuching hingga Mukah dan juga membawa barangan peribadi pelanggan seperti pindah rumah, pejabat dan sebagainya melalui jalan darat ke seluruh kawasan Sarawak. Kami berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menjaga barangan pelanggan supaya masih berkeadaan baik.

NANTIKAN, Syarikat M.N.S Berjaya akan melakukan servis logistik.

Mohamad Nur Akmal
Founder / Manager
MNS Berjaya - Sarawak Transport